Sunday 8 July 2012

SUMBANGAN KEGIATAN EKONOMI TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI

ekonomi dan pembangunan negara

  • menyediakan peluang pekerjaan
  • meningkatkan taraf hidup
  • menambahkan pendapatan negara
  • meningkatkan infrastruktur
  • mengurangkan import
  • memindahkan teknologi 
  • menggalakkan proses pembandaran


PELUANG PEKERJAAN

i) Kegiatan ekonomi telah menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk
ii) Peluang pekerjaan telah menurunkan kadar penggangguran
iii) Sektor perindustrian sebagai pengurus kilang , jurutera mesin , dan operator pengeluaran
iv) Sektor perikanan sebagai nelayan , tekong dan juruselam
v) Sektor perlombongan sebagai jurutera dan buruh am
vi) Jenis pekerjaan yang paling digemari di Malaysia ialah sebagai jurujual


PENINGKATAN TARAF HIDUP

a) Pendapatan purata penduduk Malaysia telah meningkat dengan kemajuan dalam kegiatan ekonomi 
b) Peningkatan pendapatan perkapita (purata pendapatan bagi setiap orang penduduk dalam setahun) memberi kesan kepada penduduk , iaitu :
  • meningkatkan kuasa beli penduduk;
  • taraf kesihatan dan pendidikan meningkat
  • mampu membeli makanan yang lebih berzat dan berkhasiat
  • mempu menghantar anak untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tempatan dan luar negara
c) Kini , kebanyakan rakyat malaysia mampu memiliki rumah , kereta , dan komputer


PENDAPATAN

a) Pendapatan negara diperoleh daripada eksport , cukai , dan kauntungan daripada perniagaan
b) Tukaran wang asing diperoleh daripada eksport barangan
c) Pada tahun 2003 , jumlah pendapatan  eksport malaysia ialah RM343 bilion
d) Cukai dikenakan ke atas barangan import , eksport , dan pendapatan
e) Pendapatan negara juga diperoleh daripada:
  • perniagaan oleh syarikat milik negara seperti PETRONAS
  • pelaburan kerajaan dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad dan PLUS Berhad

INFRASTRUKTUR


a) Kegiatan ekonomi turut meningkatkan kemudahan infrastuktur negara seperti jaringan pengangkutan , bekalan air , elektrik dan komunikasi
b) Perkembangan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pembinaan infrastuktur dijalankan dengan begitu pesat
c) Perkhidmatan keretapi elektrik seperti LRT , STAR , monorel dan ERL juga diperkenalkan untuk memudahkan pergerakan penduduk dan pelancong 


PENGURANGAN IMPORT


a) Kegitan ekonomi yang paling banyak membantu dalam pengurangan import ialah  perindustrian
b) Kebolehan malaysia dalam membuat barangan buatan kilang telah mengurangkan import barangan butan kilang yang pada suatu masa dahulu merupakan import utama negara
c) Kini , malaysia bukan sahaja mampu membuat barangan kilang sendiri malahan telah mengeksport barangan buatan kilangnya ke negara lain


PEMINDAHAN TEKNOLOGI


a) Pemindahan teknologi melibatkan pemindahan kemahiran , kepakaran dan teknik dari 1 negara ke negara lain melalui proses pembelajaran , latihan pengalaman dan peniruan
b) Dalam bidang pengangkutan juga malaysia menggunakan teknologi dari perancis dalam pembinaan LRT 
c) Secara keseluruhannya , pemindahan teknologi yang berlaku dalam kegiatan ekonomi telah membantu memajukan negara setanding dengan negara maju lain 


PEMBANDARAN


a) Pembandaran adalah proses perkembangan sesebuah kawasan petempatan dari sebuah pekan menjadi bandar , sebuah bandar menjadi bandar lebih besar dan seterusnya
b) Proses pembandaran akan melibatkan beberapa perkara , iaitu :

  • Petambahan jumlah penduduk 
  • perubahan dan pertambahan fungsi bandar
  • pertambahan kemudahan asas dan infrastuktur
  • perubahan dan petambahan kegiatan ekonomi
  • petambahan saiz bandar 
  • perubahan gaya hidup
c) Bandar-bandar tersebut telah mengalami proses pembandaran yang lebih pesat dengan pertambahan kegiatan ekonomi lain seperti perindustrian , perniagaan ,perdagangan dan perkhidmatan.


15 comments: