Wednesday 4 July 2012

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGIATAN EKONOMI NEGARA MALAYSIA

1.0 PENGENALAN
- Terdapat dua faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan.


1.1 FAKTOR FIZIKAL
Faktor fizikal bekaitan dengan faktor alam semula jadi yang sedia ada 
-Faktor fizikal ialah :



BENTUK MUKA BUMI


i) Bentuk muka bumi jenis tanah pamah sesuai ditanami padi , memudahkan pembinaan kilang , jalan raya , jalan keretapi , kapal terbang .
ii) Kawasan beralun sesuai untuk penanaman getah dan kelape sawit di Tenggara Pahang .
iii) Kawasan pinggir laut juga sesuai ditanami pokok kelapa seperti di Bagan Datoh , Kudat , dan Sipitang .
iv) Aktiviti perikanan air tawar dan akuakultur dijalankan di Tasik Cenderoh dan Bukit Merah di Perak 



TANIH


i) Jenis tanih mempengaruhi jenis tanaman yang dapat diusahakan .
ii) Tanih alivium sesuai ditanam padi sawah seperti di Dataran Kedah-Perlis , Dataran Kelantan , Dataran Kerian dan Tanjung Karang .
iii) Tanih laterik yang bersaliran baik sesuai ditanami getah seperti di segi tiga jengka dan kelapa sawit di Labis JOHOR .
iv) Tanih gambut sesuai ditanami nanas seperti di Renggit , Pontian , dan di Labis Johor .
v) Tanih beris ( campuran tanah liat dengan pasir ) ditanami tembakau di bacok , kelapa di Bagan Datoh dan gajus di Pantai Kelantan dan Terengganu.



IKLIM


i) Malaysia mengalami iklim katulistiwa dengan purata suhu tahunan , 27C dan jumlah hujan tahunan  kira-kira 2600ml 
ii) Jenis tanaman seperti padi , getah ,kelape sawit , koko ,nanas ,kopi dan lada hitam.
iii) Cuaca sejuk dengan suhu yang sederhana , iaitu kira-kira 18c di kawasan tanah tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron , Pahang  dan Kundasang , Sabah sesuai bagi penanaman teh , sayur sayuran , dan bunga - bungaan .
iv) Suhu sederhana juga menggalakkan pelancong di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Genting , Tanah Tinggi Cameron , Bukit Tingggi , dan Bukit Fraser .
v) Iklim yang panas sepanjang tahun menggalakkan akitiviti penangkapan ikan .




BAHAN MENTAH


i) Bahan mentah menggalakkan prindustrian 
ii) Petroleum - industri membersihkan petroleum , bahan bakar kenderaan , polimer , cat dan minyak pelincir .
iii) Gas asli - industri membuat bahan bakar kenderaan dan baja urea .
iv) Kaolin -industri barangan tembikar ,jubin , dan pinggan .
v) Kayu balak - industri venir dan perabot .
vi) Kelapa sawit - industri memproses minyak sawit untuk membuat majerin dengan sabun 
vii) Getah - industri memproses susu getah , membuat sarung tangan , kasut , dan tilam .
viii) Nanas - industri mengetin nanas dan makanan.
ix) Perikanan - industri membuat keropok dan ikan masin .




FAKTOR KEMANUSIAAN


- Faktor yang bukan semula jadi yang dikawal oleh manusia
 faktor kemanusiaan ialah :



TEKNOLOGI


i) Teknologi melibatkan penggunaan peralatan canggih dengan teknik pengurusan yang cekap dan maju dalam sektor perindastrian , pertanian , perdagangan , dan sebagainya.
ii) Penggunaan jentera dalam pelbagai kegiatan ekonomi:

  • penanaman padi - jentera pembajak dan jentera penuai 
  • indutri automobil - robot digunakan untuk memasang kereta 
  • penggunaan kapal korek untuk melombong biji timah
  • gergaji berjentera untuk memotong batang pokok
  • jentera penaik pukat tunda
iii) Penggunaan jentera telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran , menghasilkan produk berkualiti , mengurangkan pencemaran dan meningkatkan keselamatan
iv) Kegunaan ICT dalam pelbagai kegiatan ekonomi telah mencepatkan kerja , meningkatkan daya pengeluaran , dan menjimatkan kos
v) Contohnya  , kewangan ( e-banking) , pendidikan (e-learning) , dan perdagangan (e-commerce) 
vi) Teknologi dalam pembiakan baka telah menghasilkan klon dalam bidang pertanian , perhutanan dan perikanan 
vii) Contohnya pokok klon getah RRIM600 menghasilkan banyak susu getah 
viii) Penggunaan teknik lain seperti :

  • teknik penapaian 
  • polomer
  • alat automasi 
  • teknologi mekatronik
  • nanoteknologi
  • elektrononik molikular     


DASAR KERAJAAN 


i) Dasar pertanian negara (DPN 3) dilaksanakan untuk memaju dan memperkembangkan sektor pertanian di Malaysia.
ii) Di bawah DPN 3 , pendekatan  perhutanan tani dan pendekatan berasaskan  produk diberikan tumpuan .
iii) DPN 3 juga menggalakkan penyertaan sektor swasta dalam penanaman hutan secara komersial bagi meningkatkan bekalan kayu pada masa depan .
iv) Penubuhan agensi seperti perbadanan produktiviti negara (NPC) dan SIRIM Berhad oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti .
v) Penubuhan beberapa agensi oleh kerajaan seperti MARA telah membantu memberikan latihan kepada belia dalam bidang keusahawanan .




PASARAN


i) Pasaran terdiri daripada pasaran tempatan yang merangkumi kawasan dalam negara dan pasaran antarabangsa yang meliputi pasaran di luar negara
ii) Barangan yang mendapat permintaan yang tinggi di luar negara ialah hasil pertanian seperti kelapa sawit dan nanas , hasil kayu balak , barangan kilang , dan petroleum.
iii) Agensi kerajaan yang membantu memasarkan keluaran negara adalah seperti FAMA untuk pasaran tempatan dan MATREDE untuk pasaran antarabangsa.




MODAL


i) Terdapat dua sumber utama modal , iaitu modal domestik dan modal pelaburan asing.
ii) Modal domestik diperoleh daripada simpanan individu , institusi kewangan seperti Bank Pertanian , Permodalan Nasional Berhad (PNB) , dan majlis amanah rakyat (MARA).
iii) Modal pelabuhan asing diperoleh daripada pelabur-prlabur negara asing yang datang ke Malaysia untuk membuka perniagaan dan membuka ladang .




BURUH


i) Buruh merupakan tenaga penggerak dalam proses perancangan  , pengeluaran , pengurusan , dan pemasaran .
ii) Bekalan tenaga buruh di Malaysia terdiri daripada buruh tempatan dan buruh asing.
iii) Buruh boleh dikelaskan kepada tiga tahap , iaitu buruh mahir ,buruh separuh mahir dan buruh separuh tidak mahir.
iv) Buruh tidak mahir dan separa mahir kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian , pembalakan , perindustrian dan pembinaan
v) Buruh mahir bekerja dalam sektor perkhidmatan sepeti pendidikan , pengangkutan , perubatan dan sektor perlombongan sebagai jurutera.

50 comments:

  1. tidak lengkap kerana tiada faktor infrastruktur harap dapat diperbaiki

    ReplyDelete
  2. tidak lengkap kerana tiada faktor infrastruktur harap dapat diperbaiki

    ReplyDelete
  3. tidak lengkap kerana tiada faktor infrastruktur harap dapat diperbaiki

    ReplyDelete
  4. Iklim 2600mm bukan 2600ml dan tiada kegiatan infrastruktur harap diperbaiki secepat mungkin .

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Kau tu yng bodo suck!bersyukur lh orng dq buat babi

      Delete
    2. Betul tu...bkn senang nk buat blog..kau apa tau..tau nk komen je..kau buatla sndiri..klau nk perfect sgt

      Delete
    3. pahal kau ni nk marah kau pandai sgt la

      Delete
    4. Ni apa maki org balik ..adoi, ikutla sikap nabi yg x mmblas walau org tu jahat ngn diya, ko ni ntah apa2 la kecik" tknk mati bsr2 menyusahkn aku je

      Delete
  6. X lngkp sbb x da kegiatan ekonomi

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. akal ade an...guna la...
      jgn harapkan teknologi jer...

      Delete
  8. Tq mmg berguna sgt ii senang la kerja aku

    ReplyDelete
  9. Its so useful for me thank you

    ReplyDelete
  10. Tenkiuuu sbb buat blog ni..memudhkan saye nk buat keje khusus geošŸ˜š

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Terimah kasih blog ini kurang lengkap tetapi sangat berguna

    ReplyDelete
  13. Thank you, maklumat yang diperlukan

    ReplyDelete